imperfection;


myself


Thanks god.
Thursday, December 19, 2013 • 4:34 PM • 0 l.o.v.e{s)

Assalamualaikum and Annyeong Haseyo

Alhamdulillah, I've got my pmr result today :D So guess , I got many A's ? XD

TADAAAHHHHH ~ ♡



Alhamdulillah , syukur kepada Allah s.w.t kerana mengurniakan kejayaan kepadaku pada tarikh 19.12.13 :) I will always do the best and keep praying for my next success. First-2 masa dapat result ni macam tak percaya je. Ye laa , aku ni tak termasuk pun dalam target sekolah. Trial pun 4A2B2C je :( but dengan berkat usaha, tawakal serta doa parents, alhamdulillah I get straight A's :D Yeah banyak juga kes macam ni berlaku. Trial teruk but Real exam berjaya. No one knows right ? 

Masa sebelum pergi sekolah tu, aku berdebar gila. Sempat juga menangis sekejap huhu. such a crybaby I'm lol. Tak henti doa-2 dalam perjalanan tu. Family aku pun tak target aku dapat straight A's. Bila sampai sekolah tu, terus jumpa kawan. Yeah sebulan tak jumpa, macam-2 benda nak cerita sampai lupa debaran kat hati. Alhamdulillah, allah bantu saya lupakan debaran tu. Lama juga nak boleh ko result tu. 1 jam lah juga~ bila guru besar dah naik pentas, fuhh dup dap dup dap. Bila pengetua cakap "tahun ni amat memberangsangkan" rasa lega sikit but bila ingat balik kesilapan yang aku buat masa pmr rasa takut tu datang balik huhu

Sekolah aku 102 murid dapat straight A's alhamdulillah dengan gpa 1.66. kedudukan sekolah top 2 dalam Kota Bharu and top 5 dalam kelantan. Fuh bangga sekejap hihi. Bila tiba giliran nak kai result kat orang yang dapat straight A's tu, mulah rasa nak terkencing pun ada, nak tercabut jantung pun ada, nervous gila kot. Cikgu panggil ikut kelas. Aku ni kelas kedua terakhir so lambat sikit lah sebab ada 8 kelas semua. Semua kelas atas-2 ramai gila dapat straight A's. Aku ni dah hilang keyakinan sebab 102 je kot. Bila tiba nama kelas aku, aku dah mula tunduk. putus asa sangat time tu. Tiba-2 cikgu panggil "Wan.." hmm ada 6 orang yang nama wan dalam kelas aku so aku buat bodoh je lah. "WAN AYUNI SYAHIRAH" bila cikgu panggil tu terus member aku jerit panggil aku. Aku still terkedu time tu. OMG REALLY ? Terus aku bangun naik pentas. Cium-2 peluk guru besar. Rasa macam nak nangis tapi tak boleh. GEMBIRA SANGAT :D 

Hahah rasa lega sangat bila turun pentas tu. Terus lari kat umi. Peluk umi. Mak aku pun terkejut sebenarnya. Abah datang lewat sikit pastu bila jumpa abah, terus abah cium pipi hehe bangga rasa sebab dapat buat parents proud. Then kena ambil sesi bergambar pula. Ramai gila wartawan time tu. Fuhh, hebat. Kitorang pegang kertas yang bertulis "8 A, GOODBYE PMR, HELLO PBSMR" rasa lucu pula ayat tu lol. Flash camera di mana. Terasa bagaikan diri ini artis lol ceh. Penat juga sengih lama-2. wajib tengok berita, mana tahu masuk berita and suratkhabar lol. Then , jumpa cikgu subjek pula. Habis semua cikgu aku peluk lol. Syukur~ 

My family semua bangga juga. Alhamdulillah takde kes nak banding-2 ni sebab dapat straight A's haha. Terima kasih ya Allah kerana memberi ku kejayaan pada hari ni. Terima kasih kepada semua orang yang wish kat twitter and instagram <3 I love you guys ^_^

Hadiah ? Tak tahu lagi. Mungkin dapat iphone or pergi korea :) got to go ~ byee

Labels: , , , ,