imperfection;


myself


[FanFic] 60 Seconds
Saturday, March 9, 2013 • 6:53 PM • 2 l.o.v.e{s)

Assalamualaikum & Annyeong Haseyo

Terdetik hati aku nak post fanfic aku kat dalam blog ni ^^ First-2 tak yakin tapi bila tanya member kat Twitter terus yakin xD Haha . Act , aku pun tak tahu ni One Shot or Novel . Tetapi srsly panjang but aku nak post setengah je dulu . Lol .

Anyway , ni first fanfic sayaSuka ke tak suka SILA COMMENT LEPAS BACA . Kalau ada typo tu harap dimaafkan /bow\ sebab time taip ni nak cepat =3 Okay , enjoy !

Tajuk : 60 Seconds
Watak : Woohyun (INFINITE) & Hyomin (T-ARA)
Genre : Romantik
Quotes : "Each time I breath , I miss you"

*****
Langkah kakiku dipercepatkan. Dadaku berombak laju. Nafasku turun naik menandakan yang aku sedang marah. Air mataku tidak berhenti mengalir sejak tadi. Tiba-tiba lenganku ditarik dah aku terpusing ke belakang menghadap dia.

                “Hyomin , tunggu. Dengar penjelasan saya,” Woohyun memegang erat lengannya. Mukanya dibuat wajah ‘seposen’.

                “Aaahh ! Tiada ! Lepaskan saya !” aku meronta-ronta meminta lenganku dilepaskan. Malah air mataku mata bertambah laju melihat dia berada dihadapanku.

                “Hyomin , please. Saya tiada maksud langsung nak buat macam ni kat awak,” dia mengeratkan lagi genggamannya di lenganku. Aku menggeleng-geleng kepala.

                “Maaf. Saya benci awak. Jinjja !!!” aku menjerit sekuatnya. Orang ramai yang lalu lalang di sekitar kami aku pedulikan. Tiba-tiba badanku ditarik. Woohyun memeluk erat tubuhku. Sungguh rapat sehingga aku boleh merasakan degupan jantungnya.

                “Shh. Jangan macam macam tu. Jangan benci saya,” ucapnya perlahan di telingaku. Aku hanya mampu menangis di dalam pelukannya. Tanganku masih diluruskan. Sungguh berat untuk membalas pelukannya.

Dia menyambung , “Saya cinta awak , Hyo. Jinjja. Ni betul-betul perasaan saya. Saranghae,” ucapnya lagi sebelum dia rebah. Aku berasa terkejut melihat keadaannya. Matanya dikatup rapat. Nafasnya laju.

                “Woohyun ! Awak jangan main-main ! Baik awak bangun cepat !” aku menggerakkan tubuhnya tapi dia masih tidak sedarkan diri malah dadanya turun naik. Aku berasa panik. Aku menjerit meminta tolong. Mujurlah ada seorang ahjussi menawarkan pertolongan lau dia membawa Woohyun ke hospital.
***

Aku menangis teresak-esak di sebelah katil Woohyun. Memerhatikan wajah Woohyun yang pucat bagaikan tiada darah. Tangan kiri dan hidungnya dimasukkan wayar. Sungguh aku berasa sedh melihat keadaannya sekarang.

                “Hyunnie-ahh. Kenapa awak tak beritahu perkara sebenar kepada saya?” hatiku mengucap perlahan. Air mataku masih mengalir deras sehingga membasahi tilam katil Woohyun. Teringat perbualan aku dengan doktor sebelum ni.

<Flashback>

                “Saya mendapati bahawa ketumbuhan pada otaknya semakin parah. Ia sudah merebak ke anggota badannya yang lain seperti paru-paru. Kemungkinan jangka hayat dia dalam masa 2 minggu lagi,” jelas Doktor Kim. Di tangannya memegang buku laporan kesihatan Woohyun.

Aku terduduk mendengar kata-kata doktor tersebut. Mulutku ternganga luas. Bagaikan tidak percaya apa yang disampaikan sebentar tadi. “Dok..doktor. Bagaimana nak selamatkan dia ?” aku bertanya dengan suara yang tersekat-sekat.

Doktor Kim menggeleng-geleng kepala. “Buat masa ni tiada penawar untuk penyakit  ini melainkan pembedahan. Tetapi pembedahan ini mungkin berjaya atau mungkin sebaliknya. Kami cuma boleh memberi harapan sebanyak 30% untuk pembedahan ni. Selebihnya , berserah kepada tuhan,” jelas Doktor Kim.

Aku terdiam kaku memikirkan kata-kata doktor. 30% ? Kalau tidak berjaya , Woohyun akan mati ? Ahhh ! Tidak ! Aku tak nak dia mati ! Aku masih sayangkan dia walaupun dia curang dengan aku ! Hatiku menjerit kuat.
                “Baiklah cik. Kalau cik ada masalah , sila jumpa saya. Sebelum tu pastikan Woohyun mendapat rehat yang secukupnya,” kata Doktor Kim sebelum berlalu pergi. Aku hanya mengangguk kecil.

<Flashback End>

Fikiranku bercelaru memikirkan keadaan Woohyun. Rambutku yang sebelum ini disisir kemas menjadi serabut. Keadaanku tidak ubah seperti orang gila. Aku menangis sekuat-kuatnya di tepi katil Woohyun. Sambil itu tanganku erat memegang tangan Woohyun.

                “Hyomin..” aku terdengar satu suara memanggil namaku perlahan. Aku memandang ke arah Woohyun. Matanya terbuka sedikit manakala tangannya erat memegang tanganku. Aku tersenyum sedikit memandang Woohyun yang sudah sedar.

                “Ne..” balasku sambil mencium tangan Woohyun. Woohyun tersenyum melihat perbuatanku. Aku mengesat air mataku sambil tersenyum kelat ke arahnya.

                “Awak menangis lagi ? Mianhae,” kata Woohyun dengan suara yang perlahan diikuti dengan batuk. Aku menggeleng perlahan.

                “Gwenchanayo,” balasku sambil membetulkan rambutku yang agak serabai. Woohyun tersenyum mendengar kata-kataku.

                “Jadi awak maafkan saya lah ni ?” soalnya.

                “Tak. Kecuali dengan satu syarat,” jawabku.

                “Apa dia ?”

                “Keluar dengan saya Ahad minggu depan.”

Woohyun mengangguk laju sambil mengusap perlahan tanganku. Aku merancang untuk keluar bersamanya buat kali terakhir memandangkan Ahad minggu hadapan cukup 2 minggu. Tiba-tiba aku menjadi sebak. Biarlah aku lupakan sektika tentang masalah kami. Aku ingin bergembira sepuas-puasnya bersama Woohyun.

                “Hyomin.. saya sakit apa sebenarnya ?” pertanyaan Woohyun membuatkan aku tersedar dari lamunanku. Aku terdiam seketika. Woohyun memandangku dengan penuh harapan agar aku menjawab soalannya. Aku menggeleng perlahan.

                “Doktor cakap awak mungkin penat dan tubuh awak kekurangan air. Itu je,” tipu aku. Seboleh-bolehnya aku cuba menyembunyikan perkara sebenar dari pengetahuannya. Aku tidak mahu dia bersedih tentang penyakit yang dihidapinya.

Mataku disorotkan memandang Woohyun yang baru sahaja terlelap. Aku tersenyum sendirian melihat wajahnya. Terasa diri ini bertuah kerana mempunyai teman lelaki sepertinya. Kulit putih dan halus , hidung yang macung serta bibir merah bak delima. Tetapi apakah benar yang Woohyun curang dengan aku ?

Aku malas mahu mengambil pusing tentang perkara lepas. Kepalaku dibaringkan di atas katil bersebelahan Woohyun dan tanganku masih erat memegang tangannya. Untuk beberepa minit seketika , kami sama-sama lena masuk ke alam mimpi.

****
                “Aishh , lambatnya,” rungutku sambil mataku berulang kali melihat jam di pergelangan tangan. Mana pula Woohyun ni ? Baru semalam keluar hospital tak kan dah rindu dekat nurse hospital tu kot ? 
Lagipun aku yang jadi ‘nurse’ sepanjang dia berada di hospital itu. Semua makan minum dia aku yang jaga. Aku tersenyum sendirian sepanjang berjaga di hospital menjaga Woohyun. Banyak perkara lucu yang telah dia lakukan bersama Woohyun.

Tiba-tiba mataku dikecilkan untuk melihat siapa yang tengah kelam-kabut lari di tengah orang ramai. Apabila dia semakin dekat baru aku dapat mengecam. Woohyun rupanya. Dia berlari kearahku lalu berhenti dihadapanku dengan nafas yang tercungap-cungap

                “Kenapa lambat ?” soalku lagak seperti polis.  Aku membuat muka masam tanda tengah merajuk dengannya.

                “Aaah. Mianhae. Kunci rumah saya hilang tadi,” balas Woohyun lalu tangannya memeluk pinggangku. Aku berasa terkejut melihat perbuatannya. Dia hanya mengeyitkan mata sambil tersenyum nakal.

                “Aigoo. Okay-okay lah. Pandai betul eh pujuk saya,” ucapku lalu mencubit nakal hidung Woohyun. Woohyun hanya ketawa melihat reaksiku lalu memeluk erat lagi pinggangku. Lagak kami tidak ubah seperti pasangan kekasih yang baru date pertama kali hakikatnya sudah dekat seratus kali kami date sejak dua tahun bercinta.

Kami berjalan-jalan di sekitar bandar Seoul. Banyak perkara yang kami bualkan bersama. Kadangkala Woohyun menunjukkan sikapnya yang ‘greassy’ itu. Aku geli hati melihat gelagatnya. Woohyun juga terikut-ikut sama ketawa bersamaku.

                “Hyunnie-ahh. Mari kita masuk ke kedai itu nak ?” aku menarik lengan baju Woohyun sambil menuding jari ke arah kedai untuk pasangan kekasih. Woohyun hanya mengangguk lalu kami masuk ke dalam kedai tersebut.

Kami menolak daun pintu kedai itu. Terdapat beberapa pasangan kekasih sedang memilih barangan-barangan comel seperti teddy bear , rilakkuma , dan simbol-simbol ‘love’. Aku terlihat satu teddy bear yang sebesar budak 5 tahun.

                “Woah , besarnya,” mulutku ternganga sambil mengusap teddy bear tersebut.

                “Awak suka ?” Woohyun bertanya sambil tangannya turut mengusap teddy bear itu. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.

                “Awak nak ?” dia bertanya lagi. Aku melihat tanda harga yang tersangkut di telinga teddy bear tersebut. 500000 Won ?! Mataku terbeliak melihat harga teddy bear itu. Terus aku menggeleng kepala dan mengajak Woohyun melihat barangan lain. Woohyun hanya menurut.

Sedang-sedang aku membelek beberapa teddy Rilakkuma tiba-tiba Woohyun memanggilku. Aku terus mendapatkan dia. Kelihatan dia sedang berdiri di hadapan beberapa kotak besar berisi cincin. Dia menunjukkan sepasan cincin ‘couple’ kepadaku. Aku tersenyum sambil menilik cincin tersebut.

                “Cantiknya,” ujarku sambil tersenyum kecil. Ukiran yang berada di cincin itu sangat mengambil perhatianku. Rekaannya sangat simple dan cantik.

                “Cuba tengok bawah ini,” kata Woohyun sambil menunjukkan sesuatu yang terukir di bawah cincin iut. Tertulis perkataan “Woohyun’s” di cincin ‘white gold’ itu. Aku berasa terkejut lalu bertanyakan Woohyun , “Aikk ? Macam mana boleh ada nama awak ni ?” dahiku berkerut.

Dia hanya ketawa. “Kebetulan saya membelek cincin-cincin ni semua. Tiba-tiba je terjumpa nama saya. And saya ada lagi satu untuk awak,” terang Woohyun lalu menghulurkan satu lagi cincin yang sama rekaannya tetapi saiznya lebih kecil.

Aku mengambil cincin itu lalu melihat di perkataan yang terukir di bawah cincin itu. “Hyomin..,” bacaku perlahan. Aku memandang Woohyun. Woohyun hanya tersenyum manis.

                “Awak tempah ke? Kalau tempah , asal cepat sangat dia buat ?” soalku sambil memandang ke arah Woohyun dan jurujual cincin tersebut.

                “Mianhae kalau saya menyampuk. Ini bukan saya ukirkan. Cincin ni kami tempah khas. Kami percaya bahawa setiap nama yang tertera di pasangan cincin ini mereka akan berkekalan selama-lamanya. Setakat ini hanya 5 pasangan sahaja nama mereka yang tepat dipasangkan di semua pasang cincin ini termasuk kamu berdua,” terang jurujual tersebut panjang lebar sambil tersenyum

Aku memandang Woohyun dan Woohyun turut memandangku. Mata kami bertentangan. Jantungku berdegup lagu. Woohyun tersenyum manis setelah lama mata kami bertentangan. Tiba-tiba aku terlihat satu patung kaca yang terletak di rak di belakang Woohyun.

Aku cuba mencapai patung kca itu tetapi terlalu tinggi. Kakiku ditinggikan sedikit tetapi malang tidak berbau. Aku hampir sahaja dapat mencapai patung tersebut tetapi tanpa disengajakan sikuku terlanggar cawan yang terletak di sebalah patung kaca itu. Cawan itu terjatuh lalu terkena kepalaku.

                “Hyominnnn !!!!” aku terdengar suara Woohyun menjerit sebelum pandanganku menjadi hitam.
****


[Bersambung]

Maaf sebab saya post setengah . Sebab lagi setengah dalam proses manaip =3 Mianhaeee /bow\ Saya akan update tapi maybe lambat sikit sebab 2 minggu ni saya exam -.- Huhuhu . But saya akan try the best nak update secepat yang mungkin . Thanks sebab sudi baca ^^ Gomawo !!! /baling gula-2\ Hope comment :)

Annyeong , Sayonara ~

Labels:



Blogger Fizz Key said...

Tengah feeling sedih......tetiba bersambung, aaaaa, air mata dah bertakung ni grr -.- sambung cepat2 ye dongsaeng :D

 
Blogger phew said...

this is dae to the bak! xDDDDD

 

Post a Comment