imperfection;


myself

ayuni. a shadowowhunter and i fight demons


Archieve


Kem Motivasi Kerohanian
Saturday, February 9, 2013 • 12:44 PM • 0 l.o.v.e{s)

Omoo ~! Kyeoptaa maknae Thehun :3

 Assalamualaikum & Annyeong Haseyo

Penat .-. Aku baru je balik dari Kem Motivasi Kerohanian kat Sekolah . Even sekajap 2 hari 1 malam tapi seriously memenatkan . Anyway , bagi aku ni kem yang paling best pernah aku sertai . Lagipun dapat juga rasa macam mana duduk dekat asrama sekolah . Sebelum ni aku memang nak masuk asrama tapi aku ni jenis cepat rindu kat family . Memang tak boleh dipisahkanlah xD

Tapi aku agak bengang sikit time nak tidur tu . Pukul 11 tu cikgu dah start buat spotcheck dorm . Siapa yg tak tidur lagi memang nahas lah . So , budak-2 dorm aku semua pakar tidur-2 ayam sebab takut dengan cikgu . Bila cikgu dah pergi , baru budak-2 dorm aku buat bising . Aku ni dah lah jenis cepat tidur . Memang aku dah target pukul 11 tu aku nak tidur tapi sampai pukul 12.30 aku tetap tak boleh tidur . Sebab BISING SANGAT ! Aku rasa macam nak kasi penampar dekat geng-2 gedik tu . Kalau nak gosip tak payah lah sampai nak terjerit-2 mcm orang kena sawan -.- Diorang ni tak reti nak tidur ke ? Tak tahu ke yg pukul 2.30 pagi nanti kena bangun cause ade Qiamulail ? Eee . Geram siot ! Aku pun sumbat telinga aku dengan earphone and tidur . Sedar-2 dah pukul 2.30 pagi . Aku tidur dalam pukul 12.45 kot . Aik ? 2 jam je ? Alahai . Penatnya . Apepun , tetap kena bangun dan pergi mandi . Nasib baik tandas masih tak ramai orang lagi *lega sikit*

And then waktu orang lain duk Qiamulail , aku and member aku duk sedap-2 tidur dekat belakang surau sekolah xD Budak-2 perempuan yang time tu ABC mcm aku pun ikut2 tidur juga . Sumpah nak gelak aku tengok member aku tidur . Gaya baby tidur gitu xD From pukul 3 sampai pukul 4.30 kitorang sambung tidur . Tapi tetap ngantuk sampai pukul 9 pagi . Haihh , rasa macam nak naik dorm je tapi takut kena 'sound' dengan cikgu pula =.= Lepas habis Qiamulail tu ada tazkirah pagi . Sempat juga aku tersengguk-2 time tu . Tapi bila penceramah bagi ceramah pasal Ibu bapa terus aku menangis . Menyesal juga dengar . Rasa Insaf pun ada :( Time aku rasa macam nak balik rumah je >.<

Makanan okay je cuma sedap mak/bibik aku masak lagi ._. Mandi pun okay cuma mata aku ni jenis cepat sakit bila tengok perempuan melayu seksi . Ada yang berkemban pun ada -.- Aku ni dahlah jenis tak suka show off body/dada . Geli je ~ :p Btw , aku suka gila ceramah yang motivasi pelajar cemerlang tu . Penceramah dia ohsem gilaa :D Kelakar pun ada . Nak tergelak juga aku dengar lawak-2 dia xD Anyway , seriously memang kem and motivasi ni paling Daebak *thumbs up*

Thanks untuk semua cikgu sebab sanggup adakan kem ni untuk kitorang (form 3) sampai sanggup tidur kat asrama juga . Straight A's PMR InsyaAllah :')

Okay , aku nak off . Nak kemas beg untuk balik kampung petang ni . Esok kampung aku buat kenduri . Nampaknya kena tinggalkan twitter kesayangan aku xD Lol . Okay lah . Doakan aku straight A tau ! Kalau tak aku bunuh ! *joke* xD Okay , InsyaAllah ~

Assalamualaikum , Adios .

Labels: , ,